ONEXOX

'PECAHKAN! BABY KAT DALAM TU!'

on Monday, June 1, 2015



SHAH ALAM - Video seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam kereta, menangis dan hampir tercekik tersebar di laman sosial baru sebentar tadi.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu dimuat naik oleh Tuan Nor Azlim yang merakam sendiri kejadian yang berlaku di depan Maybank Seksyen 9, Shah Alam.



Bayi hampir lemas ditinggalkan dalam Myvi

Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..AllhamdulillahSumber: https://goo.gl/RNS9X5More: #Mediavids

Posted by My Media Hub on Monday, June 1, 2015


Menurut sumber, bayi itu ditemui keseorangan dalam kereta Perodua Myvi yang berkunci dalam keadaan berpeluh dan menangis serta enjin/aircond juga tidak dihidupkan. Ditambah pula dengan cermin tingkap yang gelap menyebabkan orang sekeliling tidak menyedari nasib malang yang menimpa bayi itu.

Mujur ada seorang hamba Allah yang menyedari kejadian itu segera meminta bantuan orang ramai bagi mengeluarkan bayi berkenaan.

Ibu bapa bayi itu pula tidak muncul sepanjang usaha menyelamatkan anaknya itu sehingga memaksa orang ramai mengambil tindakan memecahkan cermin kereta.

Hasil keprihatinan dan bantuan orang ramai, bayi itu berjaya dikeluarkan.

Kes sebegini sudah kerap kali berlaku, namun masih ada ibu bapa yang tidak serik dan meninggalkan anak mereka dalam kereta.

Kecuaian seperti ini wajar dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa agar ibu bapa yang lain tidak sewenang-wenangnya meninggalkan anak mereka hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved