ONEXOX

PENGAWAI KPDNKK RAMPAS BARANG PENIAGA ONLINE BERSELFIE PULA?!'

on Tuesday, June 16, 2015



Seorang peniaga online, memuat naik beberapa gambar pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu premisnya.

Apa yang lebih menyakitkan, beberapa pegawai KPDNKK turut berselfie di photobooth premis berkenaan, menimbulkan amarah pemiliknya.

"Tindasan pihak KPDNKK terhadap peniaga online. Hati-hati kepada peniaga online. KPDNKK sedang buat serbuan besar-besaran untuk barang-barang immitation dan produk yang tak ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mereka ada team yang akan menyamar sebagai pembeli dan sampai masa diorang akan buat serbuan ke premis dan rumah anda.

"Nilai rampasan ratusan ribu tetapi hanya direkodkan dalam borang beberapa ribu sahaja. Alasan nak tolong peniaga Melayu, tak nak dikenakan kompaun tinggi. Habis? ke mana korang bawa barang-barang tu? Bagi anak bini? Jual? Kami tak halalkan dunia akhirat!

"Jangan ingat kami akan mengalah! Kami ditindas sekarang, tetapi kami akan bangkit dengan lebih kuat. Allah takkan uji jika hambanya tidak mampu menempuh ujian yang diberikan," kata Khairul Nizam yang ternyata berang dan kecewa.



Khairul juga turut menyelar pegawai-pegawai KPDNKK yang datang menyerbu premisnya bersuka ria bergambar dan berselfie di premisnya itu.

"Selesai rampas barangan yang ada, (mereka) siap bersuka ria bergambar di photobooth kami. Siap menggunakan kakitangan kami untuk membantu mereka merakam gambar. Seperti tidak bersalah dan tidak hormat pemilik kedai yang dalam kesedihan," katanya.

Tindakan Khairul menyebarkan gambar para pegawai KPDNKK namun dikaburkan di bahagian wajahnya tersebar dan ada yang memintanya untuk mengeluarkan gambar tanpa diedit.

"Kami diugut pegawai berkenaan supaya jangan sesekali mengambil gambar dan viralkan kerana mereka akan saman. Namun, atas nasihat rakan-rakan, kami kuat dan tidak takut untuk melawan. Jangan pandai tindas peniaga Melayu saja," bentaknya lagi.

Tindakan para pegawai KPDNKK ini dianggap tidak profesional dan mencemarkan imej kementerian. Para pegawai KPDNKK sepatutnya menjalankan operasi, bukannya merakam gambar kenang-kenangan.

Bukan sahaja kementerian menanggung malu, malah persepsi rakyat terhadap KPDNKK yang sedia ada sudah busuk bertambah busuk pula dengan perangai pegawai-pegawai seperti ini.

Orang ramai mendesak Menterinya, Datuk Hasan Malek mengambil tindakan tegas terhadap kelima-lima pegawai berkenaan yang dilihat tidak profesional.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved