ONEXOX
BannerFans.com

'RAMAI ORANG DI PUTRAJAYA NAK BELASAH SAYA' - TMJ

on Tuesday, June 16, 2015



JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor yang berhimpun menyatakan sokongan padu kepadanya yang berperang mulut dengan seorang menteri kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz.

Dalam perhimpunan itu, baginda sempat menyindir Nazri, 'Orang Putrajaya' mahu membelasahnya hanya kerana bersuara demi kesejahteraan rakyat.

"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana ramai 'orang di Putrajaya' nak whack (membelasah) saya," sindirnya terhadap Ahli Parlimen Rengas itu.

Pada masa yang sama, TMJ menegaskan yang beliau akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan akan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

"Sebagaimana yang dipesan oleh Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved