ONEXOX

PUNCA GADIS & MAKCIK CUN MELECUN LAYAN VAPE DIMAKI NETIZEN TERJAWAP

on Thursday, June 25, 2015



PUTRAJAYA - Gambar dua gadis dan seorang makcik usia pertengahan tahun melayan vape (rokok elektronik) tersebar di media sosial dan dikritik hebat oleh netizen.

Mana tidaknya, perbuatan mereka itu jelas sekali menjejaskan imej seorang wanita yang dianggap lemah lembut dan baik akhlaknya.

Kata netizen, bukan soal vape membahayakan kesihatan tetapi bolehkan masyarakat kita menerima kelakuan wanita menghembus-hembus asap secara bebas seperti golongan lelaki yang merokok.

"Wanita ini, sebaik-baiknya tidak melayan benda-benda seperti ini. Bayangkan saja jika sebelum kahwin mereka sudah melayan vape. Bila kahwin nanti, bolehkah si suami menerima isterinya menghembus asap vape di sana sini di rumah mereka?

"Lagi pun, masih tiada kajian yang mengesahkan rokok elektronik ini selamat meskipun kandungan flava yang diambil itu didakwa hanya mengandungi air dan sedikit perisa buah-buahan atau perisa-perisa yang lain.

"Apa yang kita bimbang ialah, ia akan memudaratkan golongan wanita lebih-lebih lagi pada mereka yang mengandung. Juga tertulis di botol flava itu sendiri elakkan asap rokok elektronik ini dihidu oleh kanak-kanak dan wanita mengandung," kata netizen.

Ada segelintir pula berpendapat, mungkin mereka mahu mencuba berikutan dakwaan yang mengatakan vape ini selamat dan tidak memudaratkan serta kandungan nikotin rendah dari rokok tembakau atau tiada nikotin langsung.

Bagaimanapun, amatlah tidak manis jika wanita melayan rokok elektronik ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Si Delima Merah said...

Inilah yang diperjuangkan MSU Pas dan Pas Pusat terutama tuang presidengnya..menyokong UMNO mengubah dasar yg melemahkan keimanan & ketaqwaan umatNya.Hidup ULAMA Pas...anda sudah jadi ular.


June 25, 2015 at 9:59 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved