ONEXOX
BannerFans.com

Isu parking Hospital Tuanku Jaafar semakin hangat. Ikuti laporan ini...

on Friday, June 26, 2015



Dalam saya berfikir juadah untuk majlis makan makan yang Nana akan adakan untuk kawan kawan, saya telah didatangi oleh Ikhmal ke pejabat saya. Beliau telah mencadangkan supaya membuat air sirap bandung cincau. Saya belajar membuat air sirap bandung dari jiran saya di USJ semasa mengunjungi beliau pada masa hari raya dan bertanyakan cara cara menyediakannya.  Dari situ la, saya mula mengenali dan membeli ais krim soda. Tapi hari ini Ikhmal telah mengajar supaya dimasukkan cincau ke dalam air sirap bandung ....

Semasa masih mempunyai pembantu rumah, kami selalu menyediakan sendiri sirap dengan memasak air, gula, sirap rose dan daun pandan. Dan diletak sedikit sirap pisang. Cara penyediaan sirap ini dipelajari dari kawan baik saya, Dr Sabariah dari Segamat.



Air Sirap Bandung Cincau

Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
Ais krim soda
Susu cair
Cincau secukupnya (diparut)
Ais kiub secukupnya

Cara cara
Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki. Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau. Siap untuk dihidangkan.....

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved