ONEXOX
BannerFans.com

Punca Rani Kulup Berbini Dua Terjawap! Kipidap!

on Tuesday, June 9, 2015



Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mendapat 3 helai di ruangan sisipan Utusan Malaysia.

Katanya dia sasar 1000 laporan polis yang akan dibuatnya berkaitan unsur-unsur yang mengancam keselamatan negara seperti hasutan, hinaan dan jenayah.

Dia kemaruk dengan laporan polis dan berbangga kerana pernah membuat 13 laporan polis secara serentak.

Melalui ruangan tersebut juga dia bercerita tentang hidup dengan wang pencen RM1500, 22 berkhidmat dengan angkatan tentera, ada 2 isteri, 9 anak serta 6 cucu.

Rani Kulup juga mempunyai kumpulan muzik kenduri kahwin, Sometimes Group dan pernah menghasilkan sebuah album dengan lagu popular berjudul Tutup Pintu Tapi Tidak Berkunci.

Kalau ditanya pihak Utusan kenapa besar sangat gambar tu, barangkali jawapannya bukannya ada ‘benda’ sangat nak diceritakan pun.

Satu lagi pertanyaan untuk Rani Kulup, ratusan laporan polis yang dah dibuat berapa pula yang dah diambil tindakan ek!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved