ONEXOX

Baru Berkahwin, Wanita Ini Akhirnya ‘Rela’ Suami Dirampas Perempuan Lain

on Thursday, July 2, 2015

Luahan hati seorang isteri yang remuk dan hancur berkecai apabila mengetahui lelaki yang bergelar suami kepada dirinya tergamak menduakan dirinya.



"Saya bangun pagi ini dan memikirkan bagaimana rasanya berdating dengan suami orang?

Tak rasa diri itu murah sangat? Apa awak fikir lelaki itu akan setia pada awak? Kalau dia boleh mengkhianati isterinya berkali-kali, apa yang membuatkan awak terfikir yang dia tidak akan melakukan perkara yang sama kepada awak?

Untuk melihat apa yang dia buat untuk awak adalah apa yang dia buat untuk saya adalah kelakar. Di usia seperti itu, apa saja yang dia katakan atau lakukan semuanya nampak indah.

Bunga, kek, makanan dan sebagainya. Dia seperti lelaki yang sempurna. Dia bukannya seorang lelaki bunga. Saya boleh berikan awak buku mengenai apa yang dia suka dan tak suka kalau awak mahu.

Saya ingatkan dialah lelaki yang sesuai pada kali pertama bertemu dengannya. Sungguh menawan hati. Sebab dia boleh lakukan semua itu kerana merasakan dirinya berkuasa dan terjamin manakala awak pula tiada apa-apa. Tiada rupa, karier dan dia mempunyai hak mutlak ke atas awak.

Adakah saya rasa sakit hati? Sakit hati itu kurang tepat. Dikhianati? Dimanipulasi? Ya, sudah tentu. Saya sangkakan saya sangat mengenali dirinya. Saya tak rasa awak boleh memahami kesemua itu sebab hanya wanita yang akan faham. Perempuan, tidak.

8 tahun, kami dah melalui bermacam-macam dugaan dan ujian yang diberikan itu untuk menguji kami sebagai pasangan dan kami tetap mencitai satu sama lain. Saya mengenali dia dari dalam dan luar. Awak tidak mengenali dia serapat itu.

Menjadi wanita yang lain tidak memberikan anda kelebihan. Biar saya beritahu awak, lelaki seperti ini tidak berbaloi untuk dikejar. Jika dia boleh lakukan perkara ini terhadap isteri dia untuk mendapatkan awak, apa yang awak fikirkan yang dia tidak akan sanggup lakukan perkara yang sama terhadap awak jika dia sudah mulai bosan dengan awak?

Saya sangat bersyukur yang Allah telah membuka mata saya untuk melihat kebenaran. Saya berhak untuk mendapatkan lelaki yang lebih baik. Awak boleh ambil dia.

Tak, saya tak sedih sebab awak ambil cinta hati saya. Saya gembira awak berbuat demikian. Awak selamatkan saya dari seorang lelaki penipu.

Ingatlah, awak lakukan ini terhadap isteri orang tanpa memikirkan hati dan perasaan dia tetapi Allah memerhati perbuatan awak lagi-lagi di bulan Ramadan ini.

Allah Maha Besar dan Maha Adil. Awak akan dapat kirafah awak. Saya tak percaya yang awak begitu berani pergi ke majlis perkahwinan kami dengan ahli keluarga awak dan juga mengambil gambar dengan kami.

Kepada cintaku, Hidayat Kamarrudin, saya harap awak berjaya dalam menemui kehidupan yang awak mahukan dalam hidup awak. Kehidupan yang awak impikan semenjak tahun 2007. Saya harap Allah masih sayangkan awak dan membimbing awak ke jalan yang benar. Terima kasih di atas kesemua memori yang kita pernah lalui. - ElectricTomato

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved