ONEXOX
BannerFans.com

Terbukti! Rakyat tetap belanja raya walaupun GST

on Thursday, July 2, 2015



KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat untuk berbelanja pada musim perayaan khususnya pada Program Promosi Warna-warni Aidilfitri 2015.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, program itu sebaliknya membantu ramai peniaga yang tidak mendapat tempat terutama di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pengguna mempunyai kuasa penuh dalam berbelanja dan yakin akan mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Mereka boleh gunakan kuasa membeli, tetapi saya yakin jualan akan terus meningkat mengatasi pencapaian tahun lalu.

"Kita sasar sebanyak RM3.2 juta jualan akan dapat dicapai pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya RM3.1 juta," katanya dalam sidang media di Kompleks Kraf, di sini, semalam.

Beliau berkata GST tidak memberi impak kerana pelaksanaan itu sebenarnya baik untuk negara dan rakyat.

"Tahun ini seramai 230 peniaga diberikan tempat dengan kadar sewa tertentu sepanjang 13 hari diadakan.

"Ini merupakan strategi serampang dua mata serta mempunyai signifikan kepadah perkembangan industri kraf dan juga pelancongan negara.

Beliau berkata, penganjuran promosi ini bertepatan dengan Kempen Malaysia Year of Festivals 2015.

Festival ini mempromosikan pelbagai keperluan hari raya seperti busana, perhiasan diri, makanan, kuih muih, bingkisan raya dan kelengkapan dekorasi dalaman rumah dan taman.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

perubatankhalifah said...

berbelanja yang sepatutnya untuk meraikan raya yang cuma setahun sekali.
apa yang jauh lebih penting, untuk merapatkan silaturahim antara keluarga dan adik-beradik.
kadang-kadang, ada sesetengah dari ahli keluarga yg cuma dapat berkumpul bersama hanya sekali jer setahun.
jadi, bagi saya, ianya berbaloi dengan hasilnya.
keluarga yang bahagia, insya-Allah.
-blogspot : rawatankanser2013


July 3, 2015 at 12:28 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved