SEREMBAN - Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di belakang pencawang elektrik di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini, kelmarin.
Bayi malang tersebut dijumpai seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh kira-kira jam 12 tengah hari yang ketika itu sedang membersihkan tandas, sebelum dikejutkan dengan tangisan bayi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30-an itu memaklumkan kepada pengurusnya sebelum menghubungi polis.
“Bayi itu ditemui bersama uri yang dibungkus dengan sehelai kain. Kita menghantar bayi itu ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut kerana di badannya terdapat kesan gigitan serangga.
“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi itu dilahirkan di lokasi lain sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut dan disyaki dilakukan warga tempatan,” katanya di sini, semalam.
Muhamad Zaki berkata, berdasarkan pemeriksaan hospital, bayi terbabit dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Sasatan lanjut akan diteruskan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan bagi mengesan ibu bayi itu atau individu yang bertanggungjawab membuangnya," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment