ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA HARGA SUPRIMA S MAMPU BELI SUBARU BRZ DI JEPUN TERJAWAP BENGANG

on Friday, July 10, 2015



Cerita dari negara matahari terbit, Jepun.

Jepun merupakan sebuah negara yang serba serbi mahal. Sebab itu, banyak kilang dari Jepun 'lari' pergi ke negara luar seperti Malaysia kerana kos operasinya jauh lebih murah dari negara mereka. Di Jepun, upah pekerjanya pun sudah mahal. Itu belum termasuk harga tanah, cukai dan sebagainya.

Tetapi, dengan serba serbi mahal mereka mampu menjual sebuah kereta yang baru dengan harga yang apabila ditukar ke matawang Malaysia yang hanya mampu membeli kenderaan under spec. Kalau di Malaysia, jangan katakan kereta mahal, lepat pisang di Bazaar Ramadan seketul pun dah cecah RM1.00.

Di Jepun, graduan jurutera yang baru tamat belajar bergaji sebanyak RM6,000 sebulan. Harga mereka masih sama dengan kita. Tak kisahlah kilang mereka di Jepun ke, Brazil atau mana-mana, mereka masih mampu memberikan harga yang baik.

Di Malaysia, tenaga kepakaran rakyat tempatan, kilang tempatan, harga tanah yang murah, kaya dengan kepelbagaian sumber bio yang murah seperti yang digembar gemburkan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk menarik minat pelbaur dari Jepun. Namun, mengapa kita masih mengeluarkan hasil yang mahal?

Proton Suprima S dikatakan murah di Malaysia, malangnya tidak laris dan orang mula menggelarkan model kereta itu gagal mendapat tempat di Malaysia. Ya, RM80,000 itu adalah murah bagi mereka.

Anggaran kadar tukaran matawang asing untuk Jepun adalah RM1 = JPY29,01. Saya tukarkan harga Suprima S ke matawang Jepun dan mendapat JPY2,325,920.

Apabila saya membuat sedikit kajian, dengan harga JPY2,325,930, saya mampu membeli sebuah kereta seperti Subaru BRZ yang baru di Jepun.

Dengan harga yang sama, jika anda diberikan pilihan sama ada Proton Suprima S dan Subaru BRZ, yang mana akan menjadi pilihan anda?

Orang bertanya, mengapa Jepun boleh menjual keretanya dengan harga murah tetapi rakyatnya masih berjalan kaki atau naik basikal? Ini disebabkan faktor geografi. Jika di Malaysia anda berjalan kaki /berbasikal dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk ke tempat kerja, tak ke basah ketiak dan seluar dalam?

Perodua Myvi S series dijual pada harga sekitar RM42,242 yang mana hanya layak digunakan oleh nyonya pergi ke pasar ikan. Dengan tukaran matawang asing, saya akan mendapat sebanyak JPY1,233,440 dan mampu membeli sebuah kereta baru, Honda Jazz.

Fakta: 90% gadis di Malaysia menyukai lelaki yang memandu Honda.

Jadi, secara lojiknya, Malaysia mampu untuk menjual harga kereta yang lebih rendah. Apa yang menyebabkan penjualan kereta di sini menjadi mahal ialah pengelibatan politik dalam setiap perkara. Di negara kita ini, boleh dikatakan setiap perkara pasti ada politik disebaliknya. Campur tangan dari ahli politik dalam sesuatu perkara itulah yang membantutkan atau mencacatkan pertumbuhan.

Sekian, majulah sukan permotoran. - Lai Fatt Chua

Bagaimanapun, kami setuju dengan fakta bahawa 90% gadis di Malaysia menyukai jejaka memandu Honda.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Edy Wok said...

BABI PUNYE UMNO. PASAL UMNO LA HARGA KERETA MAHAL. NAH KAHAK AKU AHLI UMNO KAHAHKKKTUIIHHHHHH!


July 10, 2015 at 7:45 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved