ONEXOX

'SAYA TAK PERNAH LUPA SUAMI BERLAKU CURANG'

on Thursday, July 9, 2015



Saya seorang isteri yang pernah dicurangi oleh suami. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu, tetapi saya sedikit pun tidak pernah melupakan perkara itu.

Memang suami telah meninggalkan wanita itu, tetapi saya sedikit pun tiada perasaan percaya di hati terhadap suami saya lagi. Ini kerana, bagi saya bayang wanita itu tidak pernah mati di dalam setiap perjalanan hidup saya. Dia sentiasa ada, sentiasa menganggu jiwa saya dengan apa yang mereka telah lakukan di belakang tanpa pengetahuan saya. Insiden curang itu sentiasa berlegar-legar di fikiran sampaikan di saat saya tidur termimpi-mimpikan perkara yang sungguh dibenci itu.

Hati saya hiba, sebak dan terluka.

Di sini saya ingin meluahkan apa yang saya rasa dan memohon kepada wanita-wanita yang sedang bercinta dengan suami orang, apa lagi jika telah merancang untuk membina keluarga bahagia bersama dengan lelaki bernama suami kepada wanita lain.

Saya tahu dan mengakui lelaki memang ada empat kuota, tetapi anda semua ada perasaan dan naluri yang sama seperti wanita lain.

Cukuplah kerana peristiwa ini, impaknya sangat mendalam pada diri saya. Kasihanilah isteri yang telah bersusah payah bersama suaminya selama ini. Isteri diuji saat suami tidak memiliki apa-apa dan suami diuji saat dia memiliki segala-galanya.

Saya seorang isteri yang setia, tidak pernah saya mencurangi atau mengeluh di saat sama-sama susah. Dahulu kami bahagia kerana kami saling cinta mencintai. Namun, apabila hidup semakin selesa, mengapalah dia mudah untuk berubah?

Walaupun saya bersyukur suami telah kembalikan hati dia kepada saya, tetapi sedarkah suami bahawa hati saya telah pergi separuh darinya?

Sehingga ke hari ini, adakalanya saya terasa ingin saja membawa diri dan haluan sendiri kerana di hati saya sudah tiada lagi cinta padanya lagi seperti dulu.

Saya sangat-sangat keliru. Jika saya pergi membawa diri, tidak mungkin saya akan kembali lagi kepadanya. - Isteri terluka.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved