BUTTERWORTH - Seorang lelaki Cina yang membaling babi ke dalam kawasan masjid pada 6 Februari lalu hari ini mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.
Lee Tian Chong, 41, mengaku bersalah membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air.
Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan kepada lelaki itu setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Difahamkan, Ah Chong sengaja berbuat demikian kerana bermotifkan dendam dan marah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana berniat mengaibkan agama dan boleh dihukum penjara selama 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment