ONEXOX

Sayu. Hanez Suraya Ulas Isu Rumah Tangga Bermasalah

on Tuesday, July 28, 2015



PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya enggan buka mulut apabila perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, berkata, tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Hanez diminta mengulas perkahwinannya dengan Romie dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan dia meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.


Antara posting yang dimuat naik Hanez di Instagram.

Aktres itu bernikah dengan Romie pada majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac lalu.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia bimbang sekiranya dia memberi komen berhubung dakwaan berkenaan ia akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Lebih parah kata Hanez, ia akan menyebabkan masalah lain dikemudian hari.

"Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.


Hanez dan Romie pada hari pernikahan mereka.

"Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah," katanya.

Tambahnya lagi, fokus dia kini adalah menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki empat bulan.

Bercakap mengenai kehamilannya, Hanez berkata, kandungannya berada dalam keadaan baik dan berharap peminat mendoakan kesihatan mereka berdua.

"Alhamdulillah sudah masuk empat bulan dan keadaan saya sekarang baik-baik sahaja seperti mana wanita mengandung yang lain," ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved