KUALA LUMPUR - Pengurusan Plaza Low Yat merancang untuk mengadakan sambutan Hari Raya bagi mengembalikan keadaan seperti sebelum kejadian yang tidak diingini pada baru-baru ini.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, rancangan penganjuran Hari Raya itu dibuat bagi mengembalikan semula kenyakinan pelanggan selepas berlaku penurunan penjualan sebanyak 50%.
Rancangan itu diusahakan oleh pihak MCA dan pihak pengurusan Plaza Low Yat yang akan diadakan di pusat IT berkenaan.
"Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40 hingga 50%.
"MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya itu pada awal bulan Ogos ini bagi mengembalikan keharmonian di Plaza Low Yat," katanya yang melakukan lawatan ke plaza itu pada Jumaat lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Semoga menjadi Wisma Punca Emas cawangan kuala lumpur. Biar kau bankrap melingkup.
Starhill Wars, Attack of the Clone gadget.
July 21, 2015 at 4:50 AM
Post a Comment