ONEXOX
BannerFans.com

Sayu. Sambutan Hari Raya Muhibah Plaza Low Yat ditunda

on Saturday, July 25, 2015



KUALA LUMPUR -  Majlis Hari Raya Muhibah di Plaza Low Yat di sini anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Tolak Keganasan yang dijadualkan hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Penyelaras gabungan itu Kamarudin Ahmad berkata, pihaknya terpaksa mengubah tarikh majlis itu di saat akhir bagi menyelaraskan program itu bersama-sama MCA Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"MCA akan mengadakan majlis sambutan di tempat yang sama, jadi elok kiranya kami menganjurkanya secara bersama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Beliau menafikan pembatalan majlis tersebut berikutan terdapatnya ancaman ataupun ugutan daripada pihak tertentu.
   
Kamarudin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MCA untuk menetapkan tarikh majlis berkenaan.
   
Majlis tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan kembali suasana muhibah berikutan insiden pergaduhan di plaza itu pada 12 Julai lepas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved