ONEXOX
BannerFans.com

Tiga remaja lelaki ditahan baling batu pada kenderaan di Jalan Seremban - Kuala Pilah

on Tuesday, July 21, 2015



KUALA PILAH - Polis berjaya menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden baling batu ke arah kenderaan di Jalan Seremban Kuala Pilah, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berumur di antara 11 hingga 14 tahun ditahan di lokasi kejadian setelah menerima laporan daripada dua  mangsa yang juga pemandu lori dan kereta.

"Kejadian berlaku jam 3 pagi di Kilometer 30 berhampiran kolam memancing Kampung Solok Paku, Terachi. Mangsa pertama merupakan seorang lelaki berumur 25 tahun yang juga pemandu lori, manakala mangsa kedua juga seorang lelaki berumur 20 tahun yang memandu sebuah kereta.

"Kedua-dua mangsa dari arah Seremban menuju ke Kuala Pilah. Setibanya di lokasi berkenaan, secara tiba-tiba cermin hadapan kenderaan mereka retak dan pecah akibat dibaling objek keras dipercayai batu," katanya.

Azmi berkata, mangsa memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk melihat apa yang berlaku dan ternampak tiga suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Sejurus kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

"Difahamkan, kedua-dua mangsa  mengalami kerugian kira-kira RM1,500 akibat kerosakan tersebut," katanya.

Tambah Azmi, bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 pagi.

“Ketiga-tiga suspek berjaya dikesan ketika mereka bersembunyi kira-kira tiga meter tidak jauh dari kawasan semak. Siasatan setakat ini mendapati,  tiada unsur jenayah dan perbuatan dilakukan oleh remaja berkenaan hanya suka-suka.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek telah diberi jaminan oleh keluarga,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved