ONEXOX

'BARU PANDU KERETA WIRA MODIFIED ENJIN TURBO DAH BERLAGAK!'

on Wednesday, August 19, 2015



Biar muka tak handsome, asalkan ada budi bahasa.

Al-kisah petang tadi, dekat maghrib nak balik rumah dari Hospital Melaka. Tengok kereta dah kena block dengan kereta Proton Wira yang berwarna biru. Tunggu punya tunggu, mahu dekat setengah jam dah announce tetapi tuan empunya kereta tak datang-datang.

Sudahlah block kereta orang, handbrake pula ditarik dan tiada sebarang nombor telefon yang ditinggalkan.

Tiba-tiba datang seorang pemuda lelaki Melayu dengan lagak dan mengherdik orang-orang yang lebih tua, pangkat mak-maka dia kot serta dengan bahasa yang sangat biadab. Tiada rasa serba salah langsung sebab dah buat orang lain susah disebabkan perangai dia.

"Dengan perempuan, beranilah bai. Cuba bapa aku kau herdik, tengok apa jadi. Mahu lebam biji mata kau kalau berdepan dengan bapa aku,"

Kalau dia minta maaf pada kami, insha Allah kami boleh memahami. Tetapi dengan lagaknya mengherdik kami, sorry to saylah. Aku terus hilang rasa hormat pada dia. Sudahlah menyusahkan orang demi kepentingan diri sendiri, lepas itu nak bersikap biadab pula.

Siapa-siapa yang kenal dengan tuan empunya kereta berwarna biru yang lagaknya seperti memandu kereta Ferrari, tolong sekolahkan dia ye. Nak block kereta orang, sekurang-kurangnya tinggalkanlah nombor telefon. Jangan ingat kau seorang saja yang ada urusan. Kami pun ada urusan juga.

Berhati-hatilah dengan pemandu kereta Proton Wira WKS 1047 ini. Kalau terjumpa, tolong rakam gambar pemandunya dan bagi dia famous di laman sosial. Tadi tak sempat nak rakam.

Baru memandu kereta Proton Wira yang diubahsuai dah berlagak seperti memandu kereta sport. Waklu!

Ada segelintir orang Melayu ini berlagak saja lebih tetapi otak letak di lutut. Kasihan betul. Susah sangat agaknya nak ucap kata maaf bila dah buat salah. Aku tak faham betul. Tunggu daripada cerah sehingga ke senja, boleh fikir lama tak kami tunggu VVIP itu nak mengalihkan keretanya?

Yang menghentam kami kami sebab share perkara ini, belum kena lagi pada keluarga sendiri, bolehlah cakap macam-macam. Kami bawa makcik-makcik yang tidak sihat, semput. Ibu saya pula pernah patah tulang belakang. Dia tak boleh lama-lama, nanti stress, sakit. Orang boleh fikir tak keadaannya macam mana?

Saya kongsikan perkara ini sebagai peringatan kepada orang lain agar jangan menyusahkan dan menganiaya orang lain demi kepentingan diri sendiri. Tolonglah jangan buat perangai seperti ini sebab kita tidak tahu situasi orang lain macam mana.

Contohnya ada ahli keluarga kita tiba-tiba sakit tenat di rumah atau di mana-mana. Nak cepat, jadi lagi lambat. Lagi-lagi di hospital tak tahu nak pergi mana bila dah jadi macam ini.  Hospital itu besar, bukannya kecil seperti shoping complex nak buat announcement.

Saya merayau sana sini untuk mencari jalan penyelesaian, macam mana nak buat dan saya tinggalkan ibu, adik-adik kecil dan makcik-makcik saya di kereta. Boleh bayangkan tak macam mana dengan cuaca panas terik dan bahang dalam kereta? Ya Allah, tak sanggup saya melihat keadaan mereka pada masa itu.

Saya marah dengan sikap pemandu kereta itu. Sudah buat salah, lagi nak bersikap biadab dan kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari dia. Tolonglah faham keadaan kami.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved