ONEXOX
BannerFans.com

NETIZEN KECAM GURU HISAP VAPE DI KELAS

on Thursday, August 20, 2015



PUTRAJAYA - Gambar seorang guru sekolah sedang menghisap rokok elektroinik atau vape di kelas tersebar di laman sosial sejak malam tadi.

"Macam mana dia boleh jadi pendidik ye? Memang orang yang dah #vapeOn ini terus #OtakOff ke macam mana?" kata Shazroul yang memuat naik gambar berkenaan di laman Facebook 15 jam yang lalu.

Seorang guru lelaki berkaca mata hitam dilihat sedang menghisap vape tatkala anak muridnya sedang menerangkan masalah kerja sekolah yang dihadapi.

Tindakan guru berkenaan yang menghisap vape di dalam kelas dikecam oleh netizen yang menganggap itu satu tindakan bodoh dari seorang guru.

"Nak bervaping atau apa sekali pun, jangna ingat boleh hembus asap vape di mana-mana terutamanya di depan kanak-kanak. Sudahlah memakai cermin mata hitam, hisap vape lagi depan murid. Apa lagi yang tinggal untuk dijadikan sebagai contoh pada murid?" kata netizen.

"Memalukan golongan pendidik! Sebagai seorang warga pendidik, jangan berikan contoh yang tidak baik kepada pelajar kerana mereka sangat mudah terpengaruh. Tetapi kalau dah begini perangai sesetengah guru, selepas ini jangan salahkan ibu bapa pelajar pula," kata Yahya.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar yang telah diedit bagi mencemarkan imej golongan penggemar rokok elektronik.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved