ONEXOX
BannerFans.com

Gangguan bekalan air di Seremban, Tampin, Jempol

on Thursday, August 27, 2015



SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air pada 1 Sept ini berikutan kerja-kerja penyambungan paip dan penyelenggaraan sistem bekalan air.
 
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata gangguan di Seremban akan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala di Tampin dari pukul 8 pagi hingga 8 pagi keesokan hari  dan di Jempol dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.
 
Gangguan di Seremban melibatkan kawasan Seremban 2 dan S2 Heights, Oakland, Rasah Kemayan, Taman Mantau Indah, Seremban Sentral dan Terminal 2.
 
Di Tampin melibatkan kawasan Kem Tentera Gemas, Felda Bukit Jalor, Kampung Anak Air Kuning, Kampung Bukit Rokan, Taman Bukit Sentosa, Taman Morris, Air Kuning, Taman Sentosa, Taman Morris, Taman Desa Bakti, Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Gemas Setia, Taman Gemas Indah.

Taman Sungai, Taman Damai, Rumah Rakyat Gemas, Pekan Gemas, Kampung Tiong, Kampung Baru Gemas, Kampung  Melayu Bukit Masjid, Taman Sahabat, Industri Gemas, Railway Kuarters Gemas, MRSM Sungai Dua, Taman Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, Rumah Kilang Getah Felda Pasir Besar, Kampung Londah, Ulu Ladang, Kampung  Bangka Hulu, Kampung Ladang, Taman Halacara Baru dan E-Kasih.

Kawasan yang terlibat di Jempol ialah Taman Industri Mahsan, Taman Margosa, Taman Mahsan, Taman Sri Mahsan, Kampung Mahsan, Kolej Komuniti Mahsan, Taman Teratai, Mahsan, Feldajaya, Taman Industri Bahau, Kampung Bayai Baru, Kampung Bayai Lama, Batu Kikir, Kampung Serting Tengah dan Kampung Serting Ulu.
 
Norzita berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.
 
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved