ONEXOX
BannerFans.com

"HABISKAN AIR TU!"

on Wednesday, August 26, 2015



7,318 share di laman Facebook. Satu gambar yang ringkas dan mudah difahami maksudnya.

Gambar ini tersebar dan trending di laman sosial berikutan tindakan si lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit yang langsung tidak mengendahkan anaknya yang kebosanan, sementara itu dia pula sibuk menghadap telefon pintarnya.

Gambar yang dimuat naik oleh Jay Mohd telah mendapat 9,489 like di Facebook mencetuskan pelbagai komen dari netizen.

"This is sad. When technology rules the world. Aku duduk breakfast di Chawan Bangsar. Duk perhati saja lelaki ini.

"Aku di sana dalam setengah jam lebih juga. Sepanjang aku berada di situ, dia asyik bermain dengan telefon dia sahaja. Langsung tak layan anak dia. Cuma sepatah saja dia cakap pada anak dia.

"HABISKAN AIR TU"

"Itu sahaja. Selepas itu, dia kembali menghadap telefon dia. Aku kasihan tengok anak dia. Boring giler kot?

"Beginilah bila teknologi dah ambil alih kehidupan kita," kata Jay yang juga menjadikan perkara itu sebagai peringatan kepada dirinya.

"Reminder to myself dan bukan nak menyibuk, just a fact of life," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved