ONEXOX
BannerFans.com

'PERKATAAN 'BODOH' TAK BOLEH, TAPI BANGSAT BOLEH PULA?' - AFDLIN

on Tuesday, August 25, 2015



Susulan penggunaan perkataan 'Bangsat' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki, mempertikaikan mengapa perkataan itu dibenarkan sehingga tercetak di dada akhbar tempatan.

"Nak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau Censorship Board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tidak adil," katanya.

Kenyataan itu dimuat naik di laman Facebook Afdlin malam tadi mencetus kritikan netizen yang menganggap 'Lembaga' berwajib mengamalkan dasar 'Double Standard' hanya kerana kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri.

Larangan menggunakan perkataan 'bodoh' dalam drama/filem jelas sekali menunjukkan LPF sangat-sangat ketinggalan dalam soal penapisan yang mengikut standard 'orang lama'.

Perkataan bodoh adalah kata-kata yang biasa digunakan oleh masyarakat berbanding kata-kata penggantinya, 'Kurang Cerdik' atau 'Kurang Pandai'.

Terdahulu, Najib pernah mengungkap bahawa bangsa Melayu akan menjadi Bangsa Terbangsat jika UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum akan datang.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved