ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM

on Monday, August 17, 2015



IPOH - Rokok elektronik atau vape yang semakin popular di negara ini telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini, kata pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd Shukor Husin.

“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 di Auditorium Institut Tadbiran Islam (Intim), semalam.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Perkara itu diputuskan setelah mendapat penjelasan pakar-pakar kesihatan Kementerian Kesihatan berserta dengan maklumat, bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan sama ada dari dalam atau luar negara mengenai kesan serta kemudaratan besar yang dihadapi terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi serta pembentukan generasi akan datang

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved