DUBAI - Lebih kurang 310 jemaah haji maut, manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpisak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan 204, di jalan raya antara penempatan para jemaah, di bahagian timur 5 kilometer dari Mekah, ketika ratusan ribu jemaah sedang giat mengerjkan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji.
Gambar-gambar yang disiarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam di laman Twitter menunjukkan ramai jemaah yang terbaring di atas pengusung. Kelihatan petugas-petugas kecemasan sedang sibuk mengangkat mangsa masuk ke dalam ambulan.
Usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan dan laluan alternatif juga disediakan untuk para jemaah yang lain bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dipercepatkan.
Punca kejadian itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.
Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Tabung Haji sama ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment