ONEXOX
BannerFans.com

Khir Toyo Tawar Rawatan Gigi Percuma Ganti Hukuman Penjara

on Tuesday, September 22, 2015



PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Beliau membuat tawaran itu selama tiga kali seminggu.

Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.

Khir masih lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga.

Peguam kanan yang mewakili Khir, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tawaran itu dibuat oleh Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Anak guam saya bersedia untuk memberikan suatu aku janji bertulis yang menawarkan perkhidmatan pergigian percuma untuk golongan miskin, tiga hari seminggu selama dua tahun,” kata Shafee, sambil menambah bahawa Khir adalah pesalah pertama, lapor Malaysiakini.

Shafee juga berkata, anak guamnya berumur 50 tahun, dan mempunyai enam anak berusia enam hingga 24 tahun.

Katanya, beliau telah melihat Khir memberi tuisyen kepada anak-anaknya dan juga mengajar mereka membaca Al-Quran sehingga khatam.

Khir, katanya, mengalami masalah jantung dan sewaktu di Institut Jantung Negara bulan lalu, beliau mengalami serangan sekali lagi.

Shafee berkata, harta itu tidak patut dilucut hak kerana ia dimiliki bersama oleh isterinya dan masih ada baki RM2.3 juta termasuk yang terhutang kepada bank.

Khir juga menjelaskan kepada mahkamah Negeri Selangor telah berkembang di bawah kepimpinannya dalam tempoh lapan tahun menjadi Menteri Besar.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved