ONEXOX
BannerFans.com

Sayu. Datuk Jamal Md Yunos Ditahan Dibawah Seksyen 105

on Friday, September 25, 2015



Kuala Lumpur, 25 Sept - Salah seorang penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya.

Beliau ditahan dibawah Seksyen 105 Cegah Kesalahan Jenayah berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada petang tadi untuk memberi keterangan.

“Dia (Jamal) diminta tampil ke IPD Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street, petang ini,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Jamal sebelum ini berkata beliau yakin 99 peratus akan terjadi satu rusuhan di Petaling Street pada Sabtu ini sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu monopoli bukan melayu di kawasan tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Biasalah kalau Melayu yang buat.


September 26, 2015 at 3:35 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved