ONEXOX
BannerFans.com

Sayu. Indon Mohon Maaf Akibat Jerebu Yang Melanda Malaysia

on Tuesday, September 8, 2015



KUALA LUMPUR: Indonesia hari ini membuat permohonan maaf berikutan masalah jerebu yang melanda rantau ini.

Permohonan itu dibuat oleh salah seorang Ahli Parlimennya, Hamdhani Mukhtar Said di Perhimpunan Agung ANtara Parlimen ASEAN (AIPA) di ibu negara, hari ini.

"Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana jerebu.

"Jerebu tahunan ini tidak disengajakan tetapi disebabkan oleh kemarau yang memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan," katanya sambil menambah isu tersebut akan dibangkitkan di Parlimen Indonesia kelak supaya pelbagai usaha dapat dilakukan.

Memetik laporan mStar juga, Indonesia dilaporkan membelanjakan AS$1 juta untuk beberapa kawasan yang terjejas dengan kebakaran hutan dan tanah gambut itu.

Malaysia kini berdepan dengan masalah jerebu yang teruk akibat pembakaran hutan yang meluas di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved