ONEXOX
BannerFans.com

'SIAPA MINAH CUN MELECUN NI? TIBA² JADI IKON BELIA PULA? MISTERI SUNGGUH' - NETIZEN

on Tuesday, September 1, 2015



PUTRAJAYA - Screenshot di atas mula tersebar sejak semalam. Rata-rata mempertikaikan, siapakah wanita ini yang secara tiba-tiba saja dilantik sebagai IKON BELIA. Gelaran Dato' yang diterimanya juga menimbulkan tanda tanya netizen.

"Apakah sumbangan wanita ini kepada negara?" soal netizen.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini lantang mempertahankan bapanya dilantik sebagai TPM.

Baru-baru ini juga, Nurul menempelak peserta perhimpunan BERSIH 4 yang dianggapnya sebagai bodoh menyebabkan dirinya dikecam netizen.

Enggan beralah, Nurul memberikan alasan bahawa dia juga adalah rakyat Malaysia yang juga berhak bersuara mengenai perkara itu.

Screenshot yang tersebar ini mencetuskan perbualan netizen yang rata-rata mempersoalkan siapa sebenarnya wanita yang secara tiba-tiba muncul dan dilantik sebagai Ikon Belia.

Jika dibandingkan dengan bapanya sendiri, ternyata Nurul tidak pandai menjaga tutur kata susilanya sebagai anak kepada Timbalan Perdana Menteri.

Gelaran Dato? Sumbangan kepada negara? Akan terus menjadi tanda tanya bagi rakyat di negara yang kaya dengan kepelbagaian bio ini.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved