ONEXOX

Upah menguruskan jenazah membebankan?

on Monday, September 7, 2015



Asalamu'alaikum kepada semua pembaca, doakan kita semua mendapat petunjuk dan kekuatan daripada Allah Robbul Jaliil dalam menelusuri jalan hambaNya yang diredhoi.

Cik Puan Diana meminta saya mengulas tentang gambar tentang upah pengurusan jenazah yang banyak dikongsi di newsfeed facebook beberapa hari yang lalu. Macam-macam komen. Saya malas baca, dah delete. Saya memang camtu.

Sekali imbas, ia membebankan, ya.

Dua kali imbas, kita jugak kena tau, kita ni tak boleh susahkan orang, sama ada kita hidup atau setelah kita meninggal nanti, kita dilarang menimbulkan kesulitan kepada mana-mana manusia. Itu manusia yang baik.

Manusia yang baik adalah mereka yang boleh memberi manafaat kepada orang lain. Itu yang pernah kita dengar. Sebaliknya, manusia yang jahat ialah manusia yang banyak menyusahkan orang lain. Itu jarang kita dengar. Saya yang kata camtu.

Benar Nabi mengajar pengurusan jenazah ialah fardzu kifayah. Ia sepatutnya dijalankan secara jemaah, musyawarah, masyarakah dan seumpamanya. Ia baik.

Tapi andai ia menimbulkan kesulitan kepada orang lain, tak salah disertakan upah, malah digalak. Digalak atas sebab pada peranggan keempat tadi.

Sulit benar pengurusan jenazah, melibatkan orang ramai, tambah pulak zaman la ni siapa saja pun yang reti uruskan? Hang reti?

Kalau tak reti, upahlah. Mana ada salah. Iklan banner tu bukan mewajibkan kita bayar, kalau hang reti buat sorang, buatlah. Takdak sapa nak mintak bayaran.

Hang jadi driver, hang mandikan, hang beli kain kapan, hang beli keranda, hang pakaikan kapan, hang gali liang, hang buat pendaftaran, hang baca talkin, hang kebumikan, hang buat semualah.

Kalau tak mampu, upah. Itu cara terhormat untuk meminta tolong orang yang jugak sibuk seharian, nak jaga laki, nak jaga anak, nak masak, nak keja, nak macam-macamlah.

Upah tu pun mestilah ada budi bicara. Kalau dah tak mampu mesti ada cara. Ikhtiar berkehendak seribu daya. Mesti jugak pejabat agama ada saluran lain bagi membantu jika si mati benar-benar susah sempit melarat sebatang kara dan miskin papa.

Mesti ada.

Kita ni, sediakanlah bekal amal utk dibawa ketika mati. Dan sementara belum mati ni, sediakanlah RM seribu dua, simpan di dalam tempat yang mudah diambil. Pesan kepada orang sekeliling, kalau aku mati, pakailah duit ni utk pengurusan aku. Aku tak mau susahkan orang lain. Bolehke azam mcm tu Tuan-tuan dan Puan-puan?

Takkan renovate dapoq rumah RM5 ribu boleh keluaq duit kita nak tukaq alam takleh belanja sikit? Renovate dapoq siap kena GST boleh pulak tapi pengurusan jenazah tu takdak GST pun nak emo?

Kasaq bunyi ni, geram pulak.

Rasanya cukup kot, nanti merepek. Terima kasih.

Wallahu'alam, wassalam.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved