ONEXOX
BannerFans.com

Kemungkinan punca helikopter terhempas terjawap samar samar

on Sunday, April 5, 2015



Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63 antara yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.

Turut terkorban ialah juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, seorang ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, seorang yang dikenali sebagai Ajdiana Baiziera, pembantu juruterbang serta pemilik Chempaka Aviation serta pengawal peribadi yang dikenali sebagai Raskan.

Saksi berkata helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

Punca kejadian berkemungkinan disebabkan helikopter berkenaan terbang rendah kerana cuaca buruk dan melanggar kabel pencawang elektrik sebelum ia terhempas, lapor Astro Awani.

Ikuti pandangan penganalisis penerbangan yang juga Bekas Penyiasat Penerbangan Tenteran Udara Malaysia TUDM, Kapten (B) Rahmat Omar di Astro Awani.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved