Pagi tadi, viral sebuah surat terbuka untuk Dato Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan gambarnya di laman sosial yang memegang sebuah vapor yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Ekoran itu, netizen mengkritik anak perempuan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat cuba mempromosikan rokok elektronik.
"Kata Ikon Belia Negara, tetapi hisap dan promote vape di Instagram. Perangai Ikon ke macam tu? Atau dia nak menunjuk yang dia memiliki kereta Mini Cooper?" kata netizen.
"Hari tu bukan main kondem. Sampah," selar seorang individu yang menggunakan nama MotoGPShirtStore.
Komen individu terbabit menarik perhatian Dato Nurul Hidayah untuk membalasnya.
"Kondem pasal apa? Kalau saya sampah, awak najis," balasnya.
Lagi antara kritikan-kritikan netizen pada beliau:
Selaku seorang ikon belia, Dato Nurul Hidayah sewajarnya lebih berhati-hati dengan tingkah laku dan pertuturannya. Ini kerana, apa saja yang disebut atau dilakukan, sudah pasti akan mengundang perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment