ONEXOX
BannerFans.com

'YANG LAIN SUDAH MENINGGAL, ADA SESEORANG BAGI KAMI MAKAN' - NOREEN

on Friday, October 9, 2015



GUA MUSANG - 'Ada seseorang bagi kami makan', demikian pengakuan Noreen, salah seorang dari dua anak orang asli yang ditemui masih hidup setelah dilaporkan hilang selama 48 hari di hutan.

Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa berkata, perkara itu diceritakan oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Bagaimanapun, maklumat itu disampaikan oleh adik kepada ibu mangsa, Henry Angah di Hospital Gua Musang sebelum Noreen dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Kesemua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan. Manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias," katanya.

Menjelaskan bagimana mereka mampu bertahan selama 47 hari dilaporkan hilang, Noreen mendakwa mereka diberi makan oleh 'seseorang' menjadikan mereka masih bertahan sehingga ke hari ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Dakwa kedua-dua mangsa, mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan untuk terus bertahan.

Namun, Siti Kasim tidak dapat mengesahkan dakwaan itu kerana beliau tidak dapat bertanyakan sendiri pada mangsa kerana mereka masih tidak bermaya untuk diajukan dengan pelbagai soalan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, Mirsudial dan Noreen menyatakan bahawa mereka bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia.

"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia. Bagaimanapun kes masih diklasifikasikan sebagai hilang.

"Tiga mayat telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh ahli keluarga kerana masih menunggu laporan DNA," katanya.

Pada 23 Ogos lalu, 7 pelajar orang asli dilaporkan melarikan diri ke dalam hutan kerana takut dimarahi oleh guru kerana didapati telah mandi di sungai tanpa kebenaran guru.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved