ONEXOX
BannerFans.com

CULIK KAJANG: 4 LELAKI DITAHAN, WANG TEBUSAN RM261,550 BERJAYA DIRAMPAS

on Saturday, October 10, 2015



SHAH ALAM - Dalam perkembangan terkini, empat telaki telah ditahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Kajang, tengah malam tadi.

Keempat-empat lelaki termasuk pemandu teksi yang mengembalikan mangsa kepada keluarganya, ditahan kurang dari 24 jam untuk membantu siasatan selepas video penculikan itu viral di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis juga berjaya mendapatkan kembali wang tebusan RM261,550 yang telah dibayar kepada suspek.

Kanak-kanak lelaki itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas 8 jam dilarikan kes penculikan itu viral di WhatsApp dan media sosial yang lain.

Mangsa diculik daripada ibunya di luar perkarangan tadika di Sungai Chua, Kajang.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved