ONEXOX

'TUN TOLONGLAH KAMI, SEHARI BELANJA PERGI KERJA RM50'

on Wednesday, November 4, 2015



Dasar pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat banyak menyusahkan hidup rakyat sama ada di dalam mahupun luar bandar.

Sungguhpun rakyat merintih di media sosial, di media cetak, namun golongan pemimpin yang dibayar gaji oleh rakyat ini hanya terus memekakkan telinga sendiri serta terus mengumumkan dasar-dasar yang menyeksa rakyat dek kegelojohan mengejar nama dan populariti dunia.

Luahan Redzuan Azariq yang dimuat naik di laman Facebook 9 Disember tahun lalu kini kembali viral berikutan ramai rakyat yang masih terkesan dengan kenaikan Tol, GST, dan lain-lain.

"Tun, tolonglah kami Tun. Betapa kami perlukan Tun di saat ini. Sekarang perbelanjaan kami sehari RM50. Isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10. Habis RM50 sehari.

"Nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang di ambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani. Tetapi sekarang kami yang tangani sendiri dengan cut-cost kehidupan kami. Makan sehari sekali, contohnya.

"How we wish you were here with us Tun Mahathir Mohamad. Kami rindu Tun. Dengarlah suara hati kami," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved