ONEXOX

LUAHAN SAYU RAKYAT KEPADA NAJIB BUAT RAMAI TERDUDUK DAN MENANGIS SEKUAT-KUATNYA

on Monday, December 14, 2015



Wahai Najib Razak,

Kau tak pernah rasa macam mana tengok beg duit cuma ada RM5.00. Kau tak pernah rasa pergi ATM, tengok dalam akaun hanya ada RM20.00 dan hanya dapat keluarkan RM10.00. Kau tak pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama seminggu.

Kau tak pernah rasa nak tuang minyak, tengok dalam poket cuma ada RM5.00 tapi hanya tuang RM3.00. Kau tak pernah rasa makan nasi di tepi jalan di masa tengah rehat kerja sambil kenderaan lalu lalang dan banyak debu jalanan. Kau tak pernah rasa bila tak ada duit nak beli baju baru, hanya dapat beli baju bundle 3 helai RM10.00.



Kau tak pernah rasa bila ada modal sikit berniaga di tepi jalan lalu diberi saman oleh Majlis Daerah atau Perbandaran. Kau tak pernah rasa bila malam terpaksa tutup semua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik. Kau tak pernah rasa satu hari hanya boleh guna dua baldi air untuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air. Kau tak pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal-mahal tapi teringat dalam beg duit hanya ada RM30.

Kau tak pernah rasa walaupun demam tapi tak beli pandaol di 7 Eleven sebab duit tak mencukupi. Kau tak pernah rasa walaupun hujan, terpaksa start enjin motosikal pergi kerja walaupun tiada baju hujan demi tak dipotong gaji bulanan.



Kau tak pernah rasa bila dapat gaji RM900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama. Tetapi bila hari kedua, dah bermasam muka sebab banyak benda yang perlu dibayar. Kau tak pernah rasa bila tapak kasut tercabut, kau akan pergi kedai RM2.00 untuk beli gam dan tampal balik kasut itu yang mana hanya boleh tahan selama 3 hari.

Kau tak pernah rasa bila ibu bapa kita mahukan sesuatu, terpaksa kita sebagai anak simpan dalam hati saja dan mengambil masa yang agak lama untuk menunaikan impian mereka. Kau tak pernah rasa semua ini sebab bila kau bangun dari tidur, semuanya sudah tersedia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved