ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA SULTAN JOHOR TERSEBAR

on Monday, December 21, 2015



JOHOR BAHRU - Padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng, pagi  semalam.

Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Di Kilometer 95 arah selatan, seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna putih, Md Aris bin Husin, berasal dari Serendah, Selangor, telah menunjukkan isyarat lucah serta penumbuk dengan tangan kanan.

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit.



Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim.

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

INI SEBAHAGIAN GEN Y YANG KURANG AJAR . TAK TAHU MENGHORMATI ORANG .TARUH DALAM LOKUP SEBULAN BIAR DIA SEDAR SIKIT . TENGOK PADA MAKE UP KERETA DIA PUN MACAM HALAHU PUNYA GENG.


December 21, 2015 at 8:14 PM
iskandar said...

Kena ler hormat. Ini pakai bedal aje. Manusia yang berlagak. Dah kena tangkap cakap tak tahu pula. Memang alasan baik tapi walau dengan siapapun kau tak bole tunjuk isyarat macam tu mamat. Ini sultan melayu pulak. Memang manusia tak tau untung. Aku orang melaka pun tetap hormat mana sultan tak kira mana negeri. DAULAT TUANKU


December 21, 2015 at 9:57 PM
Anonymous said...

cuba kalau orang lain tunjuk isyarat lucah yang serupa tu kat dia .. adakah dia akan cakap terima kasih... buat lagi...


December 21, 2015 at 10:01 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved