ONEXOX

Video: Menteri Besar Baru Kedah Tidak Tidur. Cuma Pejam Mata Menghayati Ucapan Tuanku

on Tuesday, February 2, 2016



ALOR SETAR - "Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari".

Demikian penjelasan bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai video berkenaan yang menjadi viral sebelum ini.

Sebagai tetamu yang duduk di barisan hadapan, tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu.

"Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

"Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini.

Mengulas mengenai pesanan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak lena ketika majlis  angkat sumpah di Istana Anak Bukit  hari ini  beliau berkata ia tidak akan berlaku.

Sambil menyifatkan nasihat itu sebagai nakal, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

"Mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas," katanya.



Ambuiii .. bukan main lena lagi Ahmad Badshah Menteri Besar Kedah yg baru nih tido ketika Sultan Kedah bertitah.. Kalau depan sultan bertitah pon dia buleh tido, tak mustahil la apabila berdepan dengan permasalahan rakyat kedah pon dia akan tido.. Inilah yg Umno suka, menteri kaki tido.. kehkehkeh

Posted by Ratu Perang on 2hb Februari 2016




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved