SEPANG - Polis hari ini menafikan berlaku kejadian culik yang melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, remaja terbabit dihantar oleh ibunya ke IUKL untuk mengambil keputusan peperiksaan sambil ditemani oleh adiknya.
Tidak beberapa lama kemudian, teman lelaki remaja itu datang mengambilnya. Adiknya yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara itu kepada ibu.
Ekoran itu, ibu mangsa cuba mengejar kereta berkenaan namun gagal. Malah telefon bimbit anaknya juga tidak dapat dihubungi.
Pada keesokan hari, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu bukan kes culik seperti yang tersebar di laman sosial. Tetapi remaja perempuan itu sendiri yang rela mengikut teman lelakinya kerana ibunya tidak merestui perhubungan cinta mereka.
Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment