Belum reda lagi kritikan netizen terhadap tweet seorang pelakon lelaki terhadap Datuk Vida, kini netizen mempertikaikan pula kenyataan Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah yang diundang selaku juri kali kedua ke konsert akhir GV2 itu dianggap sebagai 'perosak' mood dan program berikutan kenyataannya yang tidak masuk akal, dakwa netizen.
"Malam ini, Astro bayar saya bukan untuk jadi bahan lawak awak tau," kata Jamal Abdillah kepada Nabil sebagai peringatan.
"Ala Tok, Astro pun cakap alang-alang dah bayar mahal tu, apa salahnya kenakan sikit-sikit," balas Nabil dalam nada gurauan.
Di akhir program itu, Nabil telah memohon maaf pada Jamal. Namun sekali lagi Jamal mengulangi ayat yang sama dan memperingatkan Nabil bahawa orang Malaysia kaya dengan budi bahasa.
"Kita ini orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita," katanya.
Susulan itu, netizen mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
"Berlagak sangat kau kan Jamal? Cakap macam bagus. Kami sekeluarga tidak minat (pada) awak lagi selepas ini. Tengoklah contoh arwah Pak Yus (Jambu). Tak ada datuk apa pun tetapi orang kenang budi baik arwah di dunia dan tak sombong," kata Nur Raudhatul Raudha.
"Berlagak Jamal. Tiga kali ulang 'Astro bayar saya mahal²'. Tak sesuailah Jamal jadi juri. Sekali kena bahan balik dengan Datuk Vida 'Bayar mahal² tapi mic pun tak ada'. Datuk Vida memang terbaik," kata Kapten HK.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Itulah, yang astro ambik jamal malam tu buat apa, kalau ambik saya jadi juri, murah sikit, saya charge RM 26,400.00 je.
December 14, 2015 at 9:39 PM
mampir di warung kita juga ya tempat sablon gelas plastik bandung
December 16, 2015 at 12:51 AM
dIA PATUT TAK BOLEH DIUNDANG. kAN DIA TERLIBAT DADAH. TAK BOLE JADI IDOLA YANG BOLEH DIIKUTI
December 21, 2015 at 10:02 PM
Post a Comment