ONEXOX
BannerFans.com

Anwar: PR Tak Terima Keputusan PRU-13 Sehingga SPR Jelaskan Dakwaan Penipuan

on Sunday, May 5, 2013


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan berlakunya penipuan di dalam proses pengundian.

Anwar, yang diapit oleh para pemimpin utama PR turut menunjukkan kepada para pemberita beberapa bukti dan insiden yang didakwanya sebagai satu bentuk penipuan termasuklah yang dirakamkan menerusi kamera.



Beliau juga turut menegaskan yang PR akan mencabar beberapa keputusan yang melibatkan majoriti sekitar 1,000 hingga 2,000 undi.

Ketika ditanya mengenai tindakannya yang menhantar kiriman ringkas menerusi laman tweeter nya yang mendakwa Pakatan telah menang dalam PRU-13, Anwar enggan menjawab pertanyaan itu melainkan berkata sebarang keputusan rasmi mestilah yang diumumkan oleh SPR.

Anwar turut meminta para penyokong PR supaya terus bersabar dan bertenang dengan keputusan ini.

"Bagaimanapun kami mahu para penyokong kami menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan jelas dan kuat tanpa perlu menjejaskan kestabilan dan ketenteraman awam," ujarnya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved