KUALA LUMPUR 6 Mei - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan pemerintahan di lapan negeri dan merampas semula pentadbiran Kedah manakala pakatan pembangkang memenangi tiga negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Negeri-negeri yang dimenangi ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
Pada masa ini, BN memerintah Sarawak selepas memenangi pilihan raya negeri pada 2011.
Berikut keputusan rasmi yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman web http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDun.php
PERLIS: BN (13), Pas (1), PKR (1) - BN memerintah
KEDAH: BN (21), Pas (8), PKR (3) - DAP (2) - BN memerintah
KELANTAN: BN (12), Pas (32), PKR (1) - Pas memerintah
TERENGGANU: BN (17), Pas (14), PKR (1) - BN memerintah
PULAU PINANG: BN (10), DAP (19), PKR (10) Pas (1) - DAP memerintah
PERAK: BN (31), DAP (18), PKR (5), Pas (5) - BN memerintah
PAHANG: BN (31), DAP (6), Pas (3), PKR (2) - BN memerintah
SELANGOR: BN (10), DAP (10), PKR (9), Pas (8) - Pakatan memerintah
NEGERI SEMBILAN: BN (22), DAP (11), PKR (3) - BN memerintah
MELAKA: BN (21), DAP (6), Pas (1) - BN memerintah
JOHOR: BN (36), DAP (12), Pas (3), PKR (1) - BN memerintah
SABAH: BN (45), PKR (6), DAP (4), STAR (1) - BN memerintah
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment