ONEXOX
BannerFans.com

Eina Azman Beri Ibu Afiq Muiz Masa Seminggu Mohon Maaf!

on Wednesday, May 15, 2013


KUALA LUMPUR, 15 MEI 2013: Rentetan daripada kisah pendedahan eksklusif portal hiburan mStar mengenai luahan hati ibu kandung kepada Afiq Muiz, Hasliza Mohd, 48 yang mendakwa bahawa anaknya itu sudah derhaka, pendatang baru dalam dunia lakonan itu telah mengadakan satu sidang media bagi menyangkal tuduhan wanita tersebut.

Dalam sidang media tersebut, Afiq Muiz turut mendedahkan beberapa mesej berbaur ugutan yang dihantar oleh ibunya kepada seorang pelakon yang turut dikaitkan dengan Afiq Muiz iaitu Eina Azman atau nama penuhnya Ainar Syakina Azman tersebut. Eina turut didakwa ibu Afiq Muiz sebagai cuba mengongkong pergerakan anaknya dan mengenakan ilmu hitam serta pelbagai tohmahan yang lain.

Eina yang hadir sama di majlis sidang media berkenaan berkata, segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh ibu Afiq Muiz itu telah membuatkan dia hilang sabar, namun selama ini dia telah memendam perkara tersebut kerana ingin menjaga aib keluarga Afiq, walhal dia sendiri turut menjadi mangsa keadaan.



"Perkara ini bukan baru sahaja berlaku. Lama saya diamkan sebab saya nak heboh kat orang pun, ini bukan cerita pasal keluarga saya tetapi keluarga Afiq. Tiada kena mengena dengan saya walaupun saya juga ada terima panggilan serta status Twitter daripada ahli keluarga Afiq yang menyerang saya dan dia.

"Macam-macam ceritalah yang kami dengar mengenai status persahabatan kami yang telah disalah ertikan. Tetapi saya tidak pedulikan semua itu namun bila ibu Afiq kata saya menghabiskan wang dia, mengawal duitnya dan mahu mengikis hartanya, bagi saya itu sudah melampaui batas.

"Selepas Afiq diusir keluarga, saya dan mama saya menjadi tempat dia mengadu masalah. Saya berani cakap ibu Afiq hanya sayangkan duit Afiq tetapi tidak anaknya. Tidak pernah dia nak bertanya pun pasal kesihatan atau keadaan anaknya yang diusir keluar itu.

"Sebaliknya dia menelefon saya dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan hari ini dia menuduh saya mahu mengikis harta anaknya pula. Minta tunjukkan bukti yang ada Afiq ada bagi duitnya kepada saya,"jelas Eina Azman yang nyata amat berang apabila diheret sama kedalam kancah yang melibatkan persengketaan di antara ibu dan anak itu.

Menurut Eina yang dikatakan bercinta dengan Afiq, dia telah memberikan tempoh seminggu bermula Rabu (hari ini) kepada Ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan segala dakwaan mengenai dirnya yang tidak berasas itu.





"Buat apa saya nak mintak duit pada Afiq dan saya kenal dia bukanlah baru sangat. Saya tahu duit dia ke mana perginya, pada siapa dia habiskan. Jadi kalau sekadar mahu bercakap tetapi tiada bukti lebih baik janga,n sebab kami ada bukti semua bukti SMS yang dihantar oleh ibu Afiq.

"Saya beri ibu Afiq masa seminggu untuk membuat permohonan maaf terbuka di media sepertimana juga dia memburukkan nama saya dan menuduh saya mengikis harta Afiq Muiz.

"Walhal saya dan ibu saya yang sering memberikan galakan pada Afiq untuk bekerja lebih bagi memenuhi impiannya yang belum tercapai seperti contohnya memiliki kereta. Saya nak kikis duit dia pun buat apa.

"Kali ini saya tidak boleh berdiam diri kerana ia melibatkan soal maruah keluarga saya juga,"ujar pelakon muda berusia 18 tahun ini yang turut hadir pada sidang media itu dengan ditemani ibunya, Amy Roshaida di Subang, semalam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

X nmpak pulak depa ni mcm mangsa tohmahan.


May 15, 2013 at 12:51 AM
Anonymous said...

Afiq ingat lah syurga dibwh tapak kaki ibu anda.....seburuk mana ,sejahat mana pon ibu ....dia ttp ibu afiq....bincang baik2....ketepikan buah hati...dulukan ibu afiq itu yg penting


May 15, 2013 at 1:28 AM
Anonymous said...

dengan duit yg afiq habiskan kepada ibu afiq, sudah terbalaskah pebgorbanan ibu afiq selama afiq hidup? itu ibu kita, buruk macamana pun, pengikis macamana pun dia ibu kita.. jgn kita jadi jahil dengan duit.. semua pengorbanan ibu ketika berlawan dengan maut utnuk melahirkan afiq amat tingi. so jgnlah disebabkan pompuan kita ketepikan ibu kandung kita sendiri.. jgn memilih rupa, tetapi pilihlah agama dan aklak..


May 15, 2013 at 1:45 AM
Anonymous said...

wanita dipilih kerana empat, kecantikan, keturunan, harta dan agama. pilihla yg beragama nescaya ko selamat..jgn kita rasa kita je tension ada masalah. org lain menghadapi masalah lebih dasyat dari kita. bersyukur dgn apa kita ada. kasih ibu sampai ke syurga, kasih girlfrend tak boleh janji dia akan setia dgn kita..


May 15, 2013 at 2:06 AM
Anonymous said...

apehal perempuan ni. engkau yang muda tu sepatutnya mintak maaf. x kira siapa salah . orang tua, hormat sikit.

to afiq muiz, regardless how bad your mother treat you, she still the one and only .. girlfriend mcm eina bersepah, tp ibu hilang xboleh ganti.


May 15, 2013 at 7:37 AM
Anonymous said...

Apalah yg punya komen, yg muda mintak maaf xkira sape salah. Org tua buat salah,org tua lah mintak maaf. Salah tetap salah, kan istilah salah tu 'membuat sesuatu atau perkara yg x betul' ingat sape saje xkira tua atau muda kena minta maaf klau buat salah. X terampun dosa sesama manusia jika x minta maaf sblm mati.


May 15, 2013 at 9:34 AM
Anonymous said...

Klau kita dituduh atau difitnah oleh org lebih tua, kita pula pegi minta maaf dengan org yg buat fitnah atau menuduh kita. Betul ke???? Makin menjadi adalah nanti.... Cuma kita perlu bg peluang dan ruang untuk org lebih tua ni minta maaf sbb ego mereka tinggi juga.


May 15, 2013 at 9:38 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved