Gitaris dan perintis kumpulan metal terkenal, Slayer, Jeff Hanneman telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis lalu di Pusat Perubatan Hemet Vally akibat kerosakan serta kegagalan hati untuk berfungsi.
Hanneman, 49, sebelum ini, selama dua tahun telah menderita penyakit tisu kulit yang rosak yang jarang-jarang dihidapi menurut pakar perubatan di sana.
Kemungkinan besar kematiannya itu juga dikatakan berpunca daripada gigitan labah-labah yang pernah mengigitnya sebelum ini sehinggakan dirinya menghidap penyakit misteri itu.
Gitaris terkenal itu meninggalkan isteri yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu, Kathy dan majlis pengebumiannya akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment