London – Sebuah kolej, New College Nottingham bakal memperkenalkan program ijazah selama dua tahun dalam bidang muzik Heavy Metal.
Sasaran utamanya melahirkan pemuzik rock yang mampu menulis lirik dan menyanyi.
Program itu juga akan menjalankan kajian terhadap sejarah Heavy Metal termasuk menampilkan pemuzik seperti Ozzy Osbourne dari Black Sabbath.
Ia juga akan mengkaji bagaimana muzik boleh dijadikan sebagai satu perniagaan.
Pelajar dalam tahun akhir pula berpeluang bermain gig di seluruh Britain.
Kajian dan asas pembelajarannya dijalankan oleh pemuzik Liam Maloy yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk memperkenalkan kursus baru itu di kolej berkenaan.
“Pada masa lalu, muzik heavy metal tidak dipandang serius oleh banyak pihak dan ia dilihat lebih rendah berbanding genre seperti jazz serta muzik klasik.
“Namun kini, heavy metal semakin berkembang.’’ kata Maloy.
Bagaimanapun cadangan kursus itu mendapat kecaman daripada aktivis bagi Kempen Pembelajaran Sebenar.
Kumpulan itu menyifatan pengajian berkenaan hanya membuang masa.
“Ia mungkin nampak menarik dan mudah kepada sesetengah orang.
“Namun ia tidak memerlukan sehingga tahap ijazah. Ia hanya membuang masa,’’ kata kumpulan berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment