ONEXOX
BannerFans.com

Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali

on Tuesday, May 21, 2013


KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.



“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.





Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

mengarut budak nie bodoh gile... yang kau gi beria-ria nak basuh sape suruh.... siap gune peluntur lagi... mangkuk hayun


May 21, 2013 at 3:21 AM
Anonymous said...

mustahil..kan ada nombor siri..ikut ic masing2.. bila dia dah buang undi..nama dan ic dia dah ditanda pada buku spr...


May 21, 2013 at 3:46 AM
Anonymous said...

aku rasa dia berpakat dgn org yang tanda nama tu,,kan nama dah digaris,,siap sebut nama lg,,macam mnan dia boleh dapat kertas undi lg,,,,org yang dalam bilik tu perlu disiasat,,,pengkhianat


May 21, 2013 at 4:27 AM
nash said...

Mmg bengong tahap tong sampah budok ni..


May 21, 2013 at 7:28 AM
Anonymous said...

Betul saya pun bertugas sebagai kerani undi.. Nama mmg dah dipotong setiap kali ni ic diaebut.. Ade 3 org wakil parti ade dlm bilik tu diepun turut tanda nama yang hadir.. Sebab tu kita kena baca no ic pengundi kuat.. Untuk memudahkan wakil parti tanda di list dyorg.. Mmg susah nk undi dua kali.. Budak ni menipu kot..


May 21, 2013 at 3:05 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved