ONEXOX
BannerFans.com

GAMBAR: Pegawai Polis Cedera Ditumbuk Peserta Demo Berhampiran Parlimen

on Monday, June 24, 2013

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis cedera ditumbuk ketika cuba menghuraikan peserta demonstrasi berhampiran jalan utama menuju Parlimen pagi tadi.

Inpektor Aswad cedera di bahagian muka dan darah masih mengalir di wajahnya dirakamkan lensa kamera.

Kumpulan berkenaan yang disertai kira-kira 150 orang lagi yang mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.



Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli, cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.





Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Sehingga kini 26 daripada peserta demonstrasi itu telah ditahan untuk siasatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved