ONEXOX
BannerFans.com

Jerebu punca OKU dilanggar? Biar betul!

on Tuesday, June 25, 2013

TAMPIN – “Semasa ingin melintas, saya tidak nampak terdapat sebuah motosikal kerana mata saya berasa agak pedih,” kata seorang pejalan kaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, 58, selepas dilanggar sebuah motosikal di bandar ini, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami masalah pedih mata  kesan jerebu di bandar ini yang sudah berlanjutan selama beberapa hari sejak Jumaat lalu.



Wong yang juga kurang upaya (OKU),  berkata, akibat perlanggaran itu, dia  mengalami cedera ringan di pergelangan kaki, bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT).





Orang awam yang ditemui, Arina Othman, 27, berkata, pejalan kaki perlu lebih berhati-hati semasa ingin melintas dan melihat terlebih dahulu kiri serta kanan jalan bagi memastikan tiada kenderaan sebelum melintas.

“Kita harap agar baik pejalan kaki ataupun pemilik kenderaan untuk saling bertimbang rasa sepanjang musim jerebu ini dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya, " katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved