ONEXOX
BannerFans.com

Shah Jaszle Tekad Kahwin Lari Jika Keluarga Terus Larang Hubungan

on Sunday, June 30, 2013

Walaupun pertunangan di antara Shah Jaszle dan Puteri Redzwan telah putus sejak 10 Jun yang lalu namun mereka berdua nampaknya masih lagi kuat untuk meneruskan perhubungan tersebut tanpa restu keluarga.

Memetik laporan Berita Harian, Shah Jaszle masih tetap dengan pendirian bahawa dia mencintai Puteri dan mereka masih lagi bercinta dan paling tidak dijangkakan dia dan Puteri bertekad untuk kahwin lari sekiranya jika itu ketentuan jodoh mereka selepas segala usaha untuk meredakan keluarga tidak berhasil.



“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”





“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.

Menurut Shah Jaszle lagi, selepas insiden dia ditangkap khalwat Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.

Ah, keluarga Puteri pula terang-terang menolak Shah Jaszle untuk dijadikan menantu bagi keluarga mereka sehinggakan tidak larat untuk menasihati Puteri dan memberitahu akan mengurung Puteri sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil untuk berjumpa dengan Shah Jaszle.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved