ONEXOX
BannerFans.com

Taufek: Che'GuBard sila bantah secara profesional

on Thursday, June 27, 2013

SEREMBAN - Komen pedas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard di laman sosial Facebook baru-baru ini dianggap kurang wajar.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, tidak salah untuk meluahkan perasaan atau ketidakpuasan hati, namun biarlah dengan cara yang betul dan tertib.

“Memang banyak saluran boleh digunakan bagi menzahirkan sebarang pandangan atau bantahan pada masa kini, tetapi tidak semestinya perlu menggunakan kata-kata kesat.



“Tidak kisahlah kepada siapa komen tersebut ditujukan sekalipun, yang penting ia perlu dibuat secara profesional dan bukannya mengutuk dari belakang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohamad Taufek berkata, tindakan mencaci maki sedemikian tidak membawa sebarang manfaat kecuali memberi imej buruk kepada diri sendiri, sekali gus mendedahkan kepincangan dalam sesebuah perikatan atau organisasi.





“Bagi kita, salah satu langkah yang boleh diambil adalah berbincang secara face to face atau bersua muka kerana kaedah sebegini dilihat lebih membuahkan hasil berikutan kedua-dua pihak dapat bersuara dan saling membela diri,” katanya.

Terdahulu, Che'GuBard dalam komennya menyelar seorang pemimpin PR yang menyatakan beliau sanggup menerima keputusan PRU13 lalu di sebuah saluran berita di televisyen baru-baru ini, walaupun beliau ‘naik’ atau menang atas nama rakyat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved