ONEXOX
BannerFans.com

Benjy Ditangkap Lagi, Positif Dadah Jenis Syabu

on Thursday, June 27, 2013

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013: Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa atas kesalahan yang sama, semalam.

Benjy, 35, kali ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah tersebut.



Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.

Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah.

Sebelum ini, anak kepada aktres Azean Irdawaty ini pernah ditahan pada Mac 2010 dan ketika itu penahannya mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.





Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon berbakat itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000.

Dia dibebaskan selepas membayar denda itu.

Sama sama doakan beliau insaf dan berubah

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved