ONEXOX
BannerFans.com

Bestnya kalau Pakatan Rakyat memerintah: Selangor umum bonus raya sebulan gaji

on Wednesday, July 24, 2013

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
 
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.


 
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
 
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).




 
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tunggu jer gomen tndatgn TPPA bulan oktober nie,start tahun depan bonus kerajaan 6 bulan.Lepas tu kita jd org amerika,ugama ntah ke mana,bangsa melayu mcm mexico,standart melayu malaysia sama ng singapore...


July 24, 2013 at 3:08 AM
Anonymous said...

Eh2 org ni xbaca pelembagaan negara ke..kan kita ada sistem raja..kalo kerajaan negeri selangor nk kasi bonus alhamdulillah..maknanye rezeki rakyak selangor..yg bekerja dibawh pentadbiran pusat tunggu jelah pengumuman..kira bagus jugalah kerajaan selangor nk kasi bonus...


July 24, 2013 at 3:46 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved